PETALING JAYA – Satu klip video yang memaparkan beberapa buah kereta antik di hadapan sebuah rumah meraih perhatian orang ramai.
Menerusi perkongsian oleh @fxx_k7 di TikTok, ia menunjukkan deretan kereta antik itu dipercayai milik seorang ahli perniagaan.
Orang ramai juga kelihatan kagum dan memuji kereta-kereta mahal tersebut di ruangan komen.
“Boleh tahan berani juga pemilik kereta antik ini letak tepi jalan sahaja,” komen @Syahmiey.
“Ini punya cara, zaman dia kaya, zaman sekarang pun kaya-raya,” kata @Joe.
“Bayangkan semua itu masih berfungsi boleh tukar nama. Jutawan pemilik itu,” balas @AbdulShofi. – KOSMO! ONLINE
@fxx_k7 bole lawan kl ni😼#raya #hariraya #fypp #viral #fypシ #old #antique #fyp ♬ original sound – mike🕸️