fbpx

NASA temukan Bukit Tengkorak di Marikh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saintis percaya bahawa batuan ini adalah igneus yang terbentuk melalui aktiviti gunung berapi. - NASA

WASHINGTON – Saintis-saintis Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) keliru selepas kenderaan penjelajah,  Perseverance merakam imej aneh berbentuk tengkorak manusia di Planet Marikh, lapor laman berita Daily Express kelmarin.

Digelar Bukit Tengkorak, imej ditemukan di puncak bukit itu dirakam oleh kamera Perseverance ketika ia menuruni cerun berbatu dikenali sebagai Bukit Witch Hazel.

Gambar tersebut jelas menunjukkan batuan berwarna gelap di tengah-tengah  bentuk rupa bumi merah dan berdebu planet itu.

Permukaannya yang lapuk, berkarang dan ciri berlubang membuatkan ia kelihatan seperti tengkorak.

Seorang pelajar doktor falsafah (PhD) yang bekerja dengan NASA, Margaret Deahn berkata: “Pasukan kami sedang berusaha untuk memahami dengan lebih baik dari mana datangnya batuan ini dan bagaimana ia sampai ke situ.”

Spekulasi awal mencadangkan bahawa objek tersebut mungkin meteorit ekoran warna gelapnya, namun analisis komposisi awal batuan berhampiran meragukan teori itu.

Sebaliknya, saintis-saintis percaya bahawa batuan itu mungkin igneus yang terbentuk melalui aktiviti gunung berapi.

“Batuan ini berkemungkinan termasuk mineral berwarna gelap seperti olivin, piroksen, amphibole, dan biotit,” kata NASA. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI