fbpx

SPM 2024: Anak penjaga stor baja raih 9A

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ADIB (tengah) menunjukkan slip keputusan SPM kepada bapanya, Noramzamze (kiri) sambil diperhatikan ahli keluarga di Kangar, hari ini.

KANGAR – Anak seorang penjaga stor baja Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) mencatatkan keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh 9A.

Menurut Adib Azrif Noramzamze, 18, dia terpaksa membahagikan masa untuk mengulang kaji pelajaran selepas bapanya cedera parah dalam kemalangan jalan raya ketika percubaan SPM.

“Ayah kemalangan selepas motosikalnya bertembung dengan sebuah lagi motosikal lain dan mengalami kecederaan patah paha, tangan dan hilang ingatan sementara serta dirawat di wad unit rawatan rapi.

“Kejadian itu menyebabkan saya terpaksa berulang-alik dari asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Derma ke hospital untuk menjaga bapa di hospital,” katanya ketika ditemui di luar pekarangan sekolah, hari ini.

Kata anak kedua daripada tiga beradik itu, sepanjang tempoh tersebut hingga SPM, dia terpaksa membahagikan jadual antara pelajaran dan tanggungjawab terhadap keluarga.

“Saya biasanya mengulang kaji pelajaran antara pukul 9 hingga 11 malam dan seawal pukul 5 pagi kerana pada waktu itu keadaan lebih tenang.

“Ketika menjaga ayah di hospital, saya juga tidak lupa menelaah pelajaran. Dalam tempoh tersebut sehingga menjawab peperiksaan, saya langsung tidak bermain gajet sebaliknya menumpukan perhatian kepada pelajaran dan kesihatan ayah,” ujarnya.

Tambahnya, dia yang bercita-cita menjadi seorang jurutera kimia turut memohon melanjutkan pengajian di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI