fbpx

‘Kasih sayang Abil pada papa tidak akan pernah berubah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nabila huda berkata, walaupun dipisahkan antara jarak, kasih sayang terhadap bapa, Amy Search tidak pernah berubah.

PETALING JAYA – Penuh rasa sayu, pelakon Nabila Huda membuat netizen sebak apabila berkongsi luahan hati menyentuh jiwa buat bapanya, Datuk Amy Search.

Menerusi hantaran berkenaan, Nabila atau nama sebenarnya Nabila Huda Suhaimi, 40, memuat naik video memaparkan dirinya memeluk Amy, disertai kapsyen penuh emosi tentang hubungan mereka sebagai anak dan bapa.

“Kita dipisahkan oleh masa dan takdir. Dan ya, takdir mungkin telah memisahkan kita tetapi alam semesta mempunyai rancangan lain.

Gentle reminder bahawa hubungan kita tidak pernah pudar. Malah, membawa kita kembali, tanpa diduga untuk selama-lamanya,” tulisnya.

Dalam hantaran berlainan, pelakon filem Rahsia itu turut memuat naik rakaman panggilan telefon ketika Amy menjadi tetamu di konti radio Hot FM.

“Abil rindu sangat pada papa, tiada apa yang dapat mengubah betapa sayangnya saya pada papa.

“Kasih sayang Abil pada papa tak akan pernah berubah, saya nak papa tahu itu. Tak akan ada yang dapat pisahkan kita,” luahnya.

Tambah ibu anak satu itu, dia bangga menjadi anak kepada pelantun Isabella itu dan sentiasa mendoakan kesejahteraan bapanya.

“Saya bangga sangat dengan papa dan akan sentiasa menjadi ‘anakku sayang’.

“Saya doakan yang terbaik buat kamu, dan kalau ada kelapangan saya akan sampai (ke konsert),” ujarnya.

Perkongsian tersebut menerima reaksi positif daripada peminat dan netizen yang tersentuh dengan kasih sayang antara dua beranak itu.

“Sebaknya hati tengok pelukan mereka,” komen netizen.

“Kadangkala jauh itu bukan penghalang bila cinta tak pernah hilang,” tulis pengguna media sosial.

“Hanya Allah tahu betapa dalamnya kasih sayang seorang anak,” ujar peminat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI