fbpx

Warga emas ajak anak jiran ke rumah sampah sebelum cabul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SUSPEK diiringi anggota polis bagi permohonan reman di Mahkamah Majistret Ayer Keroh, Melaka. Gambar ARIF HAMIZAN MISKON/KOSMO!

MELAKA – Seorang warga emas direman tujuh hari bermula hari ini kerana disyaki mencabul seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun yang juga anak jirannya, Isnin lalu.

Perintah reman sehingga 30 April itu dikeluarkan oleh Majistret Mahkamah Ayer Keroh, Nur Afiqah Radhiah Zainurin terhadap suspek berusia 62 tahun.

Penahanan reman itu bagi membolehkan polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKKSTKK) 2017.

Menurut sumber, kejadian berlaku kira-kira pukul 7 pagi, 21 April lalu ketika mangsa keluar seorang diri untuk membuang sampah di rumah sampah sebuah pangsapuri di Tengkera di sini.

“Ketika mangsa sedang menaiki tangga untuk pulang ke rumahnya, dia terserempak dengan suspek yang tinggal di tingkat dua sebelum diajak menemaninya ke rumah sampah pangsapuri berkenaan.

“Apabila tiba di situ, suspek tiba-tiba mencium pipi, memeluk dan menyelak baju mangsa dan mengajaknya untuk makan bersama, namun kanak-kanak itu menolak pelawaan suspek,”katanya.

Tambahnya, mangsa yang takut dan terkejut kemudian terus ke pondok pengawal keselamatan pangsapuri berkenaan dan menceritakan kejadian kepada petugas di situ.

“Pengawal keselamatan terbabit memaklumkan perkara yang menimpa kanak-kanak tersebut kepada ibu mangsa berusia 45 tahun dan laporan polis dibuat oleh wanita itu pagi semalam.

“Hasil siasatan polis mendapati terdapat rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian,” katanya.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit ketika dihubungi mengesahkan laporan kes dan suspek direman selama tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14 (a) AKSTK 2017. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN