fbpx

Piala Malaysia: Sri Pahang tagih sorakan peminat dari Kelantan, Terengganu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penyokong setia Sri Pahang dijangka membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil sempena aksi final Piala Malaysia, Sabtu ini. - Foto ihsan Sri Pahang

KUANTAN – Peminat setia Sri Pahang termasuk yang tinggal di Lembah Klang diminta turun ke Stadium Nasional Bukit Jalil menyokong pasukan menjelang aksi final Piala Malaysia menentang Johor Darul Ta’zim (JDT), Sabtu ini.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sri Pahang, Dato Mohammed Suffian Awang turut meminta penyokong Terengganu dan Kelantan untuk bersorak buat skuad Pantai Timur itu sepanjang perlawanan nanti.

“Atas nama negeri-negeri di Pantai Timur, saya juga berharap Sri Pahang juga akan dapat sokongan dari penyokong dua negeri itu Sabtu ini.

“Penyokong sepatutnya teruja dengan kebangkitan pasukan dapat ke final selepas kali terakhir menjulang piala itu 11 tahun lalu,” katanya.

Kosmo! semalam melaporkan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) mengesahkan tiket final Piala Malaysia kali ini masih laris apabila lebih 60 peratus sudah terjual.

Banyak inisiatif yang dilakukan oleh MFL termasuk menyediakan hadiah cabutan bertuah bernilai RM90,000 secara keselurahn buat penyokong yang bertuah nanti. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI