fbpx

Polis panggil pelakon bantu siasatan kes pukul kekasih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SHAH ALAM – Polis akan memangil seorang pelakon bagi membantu siasatan kes memukul teman wanitanya sehingga mengalami kecederaan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, polis telah menerima laporan pada 7 April lalu daripada mangsa yang dipukul di sekitar kawasan Ara Damansara, Petaling Jaya.

Katanya, mangsa mengalami cedera di bahagian badan dan muka selepas dipukul dengan tangan oleh suspek.

“Kita akan memanggil suspek dalam masa terdekat bagi melengkapkan kertas siasatan dengan kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Kata Hussein , berdasarkan rekod menunjukkan mangsa sama pernah membuat laporan polis pada tahun lalu atas kejadian sama dipukul Oleh suspek sama.

Bagaimanapun, ujarnya, laporan tersebut telah ditarik balik oleh mangsa sendiri.

“Jadi, ini merupakan kejadian kali kedua (melibatkan pelakon itu),” jelasnya.

Kosmo! kelmarin melaporkan pelakon, Ammar Alfian menepis tuduhan memukul teman wanitanya sekali gus menganggap laporan polis dilakukan kekasihnya itu adalah tindakan tergesa-gesa.

Ammar atau nama lengkapnya, Ammar Alfian Aziz Mohd Zakri, 38, turut meluahkan kekecewaan apabila teman wanitanya, Qhaisha mengheret individu yang dipercayai pengurusnya bernama Zane dalam hal mereka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI