JAKARTA – Seorang anggota polis di Indonesia menerima kecaman orang ramai selepas meletakkan kenderaannya di kotak parkir yang dikhaskan untuk Orang Kurang Upaya (OKU), lapor portal berita Lambe Turah semalam.
Rakaman video dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @net2netnews.rebornl menunjukkan van berwarna putih itu diletakkan di tempat letak kenderaan OKU di sebuah pusat beli-belah.
Lebih mengejutkan, van itu diparkir oleh seorang anggota polis.
Ketika ditanya, dia tiba-tiba marah dan cuba menutup kamera telefon perakam.
Rakaman itu mencatatkan lebih 13,000 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi daripada netizen.
“Tidak rasa bersalah langsung,” kata seorang netizen.
“Penegak undang-undang tetapi dia sendiri yang melanggarnya,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI