fbpx

EPL: Alexander-Arnold mungkin lupakan hasrat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALEXANDER-ARNOLD kuat dikaitkan dengan perpindahan ke Real, namun belum ada sebarang persetujuan dicapai sehingga kini. - AFP

LIVERPOOL – Peminat The Reds dilapor sudah bersedia untuk menerima kenyataan bahawa mereka bakal kehilangan pemain pertahanan kanan, Trent Alexander-Arnold yang bakal mengakhiri kontraknya musim panas ini.

Alex-Arnold dilaporkan bakal meninggalkan Anfield selepas meraih semua gelaran bersama Liverpool dan bersedia menerima tawaran daripada Real Madrid untuk mencari cabaran baharu dalam karier.

Bagaimanapun, laporan terkini mengenai perkembangan perpindahan tersebut dilihat mungkin berlaku sebaliknya apabila terdapat beberapa faktor yang dilihat bakal menyaksikan pemain itu terus kekal di Anfield.

Bekas ketua pemantau bakat Manchester United, Mick Brown mendedahkan, situasi yang tidak stabil yang dialami Real terutama melibatkan masa depan Carlo Ancelotti mungkin menyebabkan perpindahan itu tidak berlaku.

“Saya fikir masih ada peluang untuk dia kekal di Liverpool. Banyak pihak bercakap mengenai masa depannya sepanjang musim ini, tetapi tidak ada tanda-tanda mengenai perpindahan ini akan berlaku.

“Real mungkin cuba untuk memasuki fasa pembinaan semula pasukan dan ia menyebabkan berlaku ketidaktentuan terhadap masa depan Trent kerana dia mungkin tidak sesuai dengan pengendali baharu nanti,” katanya.

Bagaimanapun, Alex-Arnold mungkin hanya akan menyertai Real sekiranya pengurusan pasukan itu memecat Ancelotti dan melantik Jurgen Klopp sebagai pengganti ketika nama bekas pengurus Liverpool itu turut berada dalam senarai. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI