fbpx

Piala Malaysia: Mustahil JDT tersungkur di pentas final

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JDT memiliki pemain yang berkualiti dan ampuh di setiap posisi menyebabkan mereka menjadi pasukan pilihan memenangi Piala Malaysia kali ini.

PASUKAN Sri Pahang FC perlu mengharapkan keajaiban berlaku sekiranya berhasrat untuk merampas Piala Malaysia daripada cengkaman Johor Darul Ta’zim (JDT), Sabtu ini.

Bekas pemain Johor FA, Hassan Miskam berkata, agak mustahil buat pasukan kendalian Fandi Ahmad untuk mencipta kejutan di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) ketika berdepan Harimau Selatan yang berada di prestasi terbaik mereka.

Katanya, atas kertas sahaja sudah nampak ada jurang kekuatan antara kedua-dua pasukan dan anak buah Hector Bidoglio tampak cemerlang di setiap sudut.

“Inikan pula apabila skuad Tok Gajah itu akan turun tanpa kelibat Kpah Sherman dan Manuel Hidalgo, ini akan memberi impak kepada persiapan pasukan.

“Namun, jika dua import ini beraksi sekali pun, mereka masih tidak mampu menyaingi kekuatan sebenar Harimau Selatan. Jadi, adalah mustahil untuk membayangkan JDT tersungkur di final,” ujarnya.

Hassan yang membantu pasukan Johor menjulang Piala Malaysia pada 1991 menjangkakan JDT akan menang mudah dengan jaringan sekurangnya 3-0.

Jelasnya, dua ayam tambatan Harimau Selatan, Bergson Da Silva dan Arif Aiman Hanapi akan menjadi pemusnah buat pasukan Tok Gajah dengan memahat nama dalam senarai penjaring.

“Dalam saingan Liga Malaysia musim ini, JDT belum pernah tewas dan ini tidak akan terkecuali pada Sabtu ini. Bagi saya, JDT terlalu kuat, bukan lagi ‘level’ liga domestik,” ujarnya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI