fbpx

PRK Ayer Kuning: PN gesa siasat ladang babi buang sisa najis ke sungai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hafez (dua dari kanan) menunjukkan lokasi sisa dari ladang babi dibuang berhampiran kediaman penduduk terus ke Sungai Bidor di Tapah hari ini. - Foto oleh MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA / KOSMO!

TAPAH – Perikatan Nasional (PN) menggesa kerajaan negeri menyiasat dan mengambil tindakan terhadap sebuah ladang ternakan babi yang didakwa membuang sisa najis haiwan itu ke Sungai Bidor.

Naib Presiden Pas, Datuk Idris Ahmad mendakwa, berdasarkan tinjauan pihaknya, ladang di Kampung Poh di sini terletak 140 meter daripada penempatan.

“Bahkan, kolam pengolahan efluen (sisa najis babi) terletak bersebelahan rumah penduduk. Terdapat tiga kolam efluen di ladang ini yang bersambung antara satu sama lain.

“Malah, saluran paip utama yang menghubungkan kepada paip kedua telah bocor. Air kumbahan paip yang pecah masuk ke dalam longkang mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan.

“Selain itu, kolam ketiga secara terus membuang sisa tersebut ke Sungai Bidor yang menyebabkannya tercemar,” katanya pada Sidang Media Khas PN sempena PRK DUN Ayer Kuning di sini hari ini.

Idris berkata, pihaknya telah menghantar sampel air sungai ke makmal swasta bagi pengesahan.

“Ujian telah mengesahkan bahawa sisa najis yang dilepaskan ke Sungai Bidor ini adalah tercemar dan tidak terawat. Kerajaan negeri boleh mengambil sampel air air sungai yang sama sekiranya inginkan kepastian lebih lanjut,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI