fbpx

Warga emas dalam perjalanan ke masjid maut kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan motosikal Aveta yang terlibat dalam kemalangan hingga meragut nyawa Ismail di Jalan Jerteh - Pasir Akar berhampiran Kampung Gong Duek, Besut hari ini.

BESUT – Seorang warga emas yang dalam perjalanan ke masjid maut dalam kemalangan di Jalan Jerteh-Pasir Akar berhampiran Kampung Gong Duek di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 6.10 pagi itu, mangsa, Ismail Jusoh, 70, disahkan meninggal dunia akibat parah di kepala dan beberapa anggota badan.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Azamuddin Ahmad @ Abu berkata, ketika kejadian, lelaki itu dalam perjalanan dari rumahnya ke Masjid Gong Duek untuk solat subuh berjemaah.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, motosikal Aveta ditunggang mangsa yang dipercayai keluar simpang sebelum dirempuh kereta jenis Perodua Kancil yang tidak sempat mengelak kenderaan tersebut.

“Ketika kejadian kereta Perodua Kancil itu dalam perjalanan ke Kampung Pasir Akar dari pekan Jerteh,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Azammudin berkata, impak kemalangan itu menyebabkan Ismail tercampak ke atas jalan.

Pemandu kereta cedera ringan pada lengan kanan. Mayat warga emas tersebut dihantar ke Unit Kecemasan, Hospital Besut di sini untuk dibedah siasat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI