fbpx

Cikgu matematik ‘sentuh’ budak 9 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

JOHOR BAHRU – Seorang guru lelaki direman selama lima hari bermula hari ini berhubung kes melakukan amang seksual terhadap kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun di sebuah sekolah di Mutiara Rini, di sini tahun ini.

Perintah reman sehingga Ahad ini dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Mohammad Izham Mohd. Aliyas.

Tahanan reman itu bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan ke atas suspek berusia 47 tahun di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

Difahamkan, guru matematik itu yang ditahan di sekitar Iskandar Puteri semalam meraba mangsa di sekolah berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M. Kumarasan berkata, pihaknya menerima tiga laporan kes amang seksual fizikal membabitkan tiga mangsa berusia sembilan tahun.

“Suspek disyaki melakukan perbuatan itu pada tahun ini. Lelaki itu boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika disabitkan kesalahan,” ujarnya.-KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI