fbpx

Ketidaksefahaman hanya ‘surface’, 9 lagi dakwaan kritikal terhadap Edika

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Isteri kepada pelakon Edika Yusof, Nor Hidayah Yusri mengemukakan 10 dakwaan dalam permohonan perceraian yang difailkan terhadap suaminya.

KUALA LUMPUR – Isteri kepada pelakon Edika Yusof, Nor Hidayah Yusri mengemukakan 10 dakwaan dalam permohonan perceraian yang difailkan terhadap suaminya.

Perkara itu dikongsikan peguamnya, Mohd. Yazid Hazim dari Tetuan Yazid Azuhan Associates, yang memaklumkan butiran dakwaan tersebut tidak dapat didedahkan bagi menjaga aib anak guamnya.

“Kita sudah bentangkan fakta kes untuk mahkamah teliti permohonan cerai sama ada wajar atau tidak Nor Hidayah mahu bercerai dengan suaminya. Selepas ini mahkamah panggil pula anak sulungnya untuk bagi keterangan.

“Sepatutnya sudah diselesaikan, tapi disebabkan Nor Hidayah bermurah hati menjaga maruah keluarga, sampai sekarang baru dia ada ketabahan untuk memohon. Ini pun kerana sudah tidak tahan lagi.

Pada masa sama, Mohd. Yazid berkata, tindakan Nor Hidayah memfailkan cerai adalah wajar disebabkan dia terpaksa berdepan pelbagai kecaman banyak pihak yang menyalahkannya.

“Semua dakwaan dibuat disaksikan anak. Jadi, ketidaksefahaman adalah hanya ‘surface’ sahaja, ada sembilan dakwaan kritikal lagi,” katanya.

Pagi tadi adalah prosiding sebutan kedua kes permohonan cerai dibuat Nor Hidayah pada pertengahan Februari lalu.

Mahkamah menetapkan hari ini sebagai tarikh sebutan semula kes selepas aktor terbabit gagal menghadirkan diri dalam prosiding pertama dan 5 Mei depan sebagai tarikh lafaz cerai Edika terhadap Nor Hidayah.

“Hari ini adalah kes permohonan cerai yang secara asasnya, mahkamah sudah membenarkan Edika melafazkan cerai namun, Nor Hidayah tidak suci hari ini,” kongsinya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI