fbpx

 Tak boleh ulas, tunggu prosiding tamat – Isteri Edika

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Isteri kepada pelakon Edika Yusof, Nor Hidayah Yusri belum dapat memberikan sebarang ulasan berhubung permohonan perceraian yang diajukannya. - MUHAMMAD IQBAL ROSLI

KUALA LUMPUR – Meminta menunggu selepas tamat prosiding mahkamah, isteri kepada pelakon Edika Yusof, Nor Hidayah Yusri memaklumkan belum dapat memberikan sebarang ulasan berhubung permohonan perceraian yang diajukannya.

Nor Hidayah berkata, buat masa ini dia hanya berharap urusan sebutan kedua kes yang berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur dilancarkan.

“Minta maaf saya tak dapat cakap apa-apa lagi. Tunggu selepas ini. Cuma harap semuanya dipermudahkan,” katanya kepada Kosmo! Online ketika ditemui di mahkamah, di sini, hari ini.

Nor Hidayah yang berkerusi roda tiba di mahkamah pada pukul 9.40 pagi dengan ditemani anak sulungnya, Fardeen Nasrulhaq, 20.

Tampil tenang, wanita berusia 47 tahun itu juga lebih selesa tidak mengulas mengenai dakwaan Edika yang menyatakan tidak menerima surat kehadiran daripada peguamnya.

“Itu pun saya tak boleh komen,” ujarnya.

Pada Mac lalu, Nor Hidayah memfailkan perceraian terhadap Edika di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Ketika ditanya apakah faktor Nor Hidayah memfailkan perceraian, peguam tidak berkongsi secara terperinci namun memaklumkan tiada sefahaman menjadi faktor utama plaintif mahu berpisah.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada tahun 2003 dan dikurniakan sepasang cahaya mata, manakala Nor Hidayah memiliki seorang anak lelaki hasil perkahwinan terdahulu.

Sebelum ini, pasangan Edika dan Nor Hidayah menarik perhatian ramai apabila pelakon filem Maria Mariana itu didapati sanggup berkorban dan setia menjaga isterinya yang lumpuh separuh badan selepas melahirkan anak mereka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI