PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran ribut petir di beberapa kawasan di Perak, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Sabah hingga 12 tengah hari ini.
Menurut MetMalaysia, hujan lebat dijangka melanda di Perak melibatkan Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim
“Amaran cuaca buruk tersebut turut dikeluarkan di beberapa kawasan yang terjejas di Pahang (Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin).
“Bagi Negeri Sembilan pula, termasuk Jempol dan Tampin manakala di Melaka melibatkan daerah Jasin,” lapor MetMalaysia.
Katanya, cuaca sama dijangka berlaku di Johor melibatkan kawasan Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang dan Mersing.
Di Sabah, ribut petir dijangka melanda Sandakan (Telupid, Beluran dan Sandakan) dan Kudat (Pitas). – KOSMO! ONLINE