fbpx

‘Tak nak lama sangat bercinta, dah wajib saya kahwin’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SUFIAN Suhaimi merancang untuk menikahi Rania hujung tahun ini.

PETALING JAYA – Kasih bertaut, penyanyi Sufian Suhaimi mengesahkan kembali bergelar kekasih kepada wanita bernama Rania selepas hubungan mereka putus pada 2023.

Selain kembali bersama, Sufian, 33, turut memaklumkan sudah merancang untuk menamatkan zaman bujang pada tahun ini.

“Kami dah bersama sejak hujung tahun lalu dan hubungan kami pun sangat baik.

“Masing-masing tengah membina kerjaya dan saya pun ada banyak lagi perancangan dari segi keluarga dan perniagaan. Saya pun akan lebih serius dalam muzik.

“Bina masjid pun sebahagian dari rancangan juga. Apa yang penting kami berdua ada dalam tujuan sama,” katanya kepada Kosmo! Online semasa Rusa RitMa Raya, semalam.

Berkongsi lanjut, pelantun lagu Di Matamu itu enggan menjalinkan hubungan tanpa ikatan terlalu lama selain memaklumkan niat untuk berkahwin demi tuntutan agama.

“Saya rasa dah jadi wajib untuk saya berkahwin. Kalau kahwin tahun ini pun ‘on’ (setuju).

”Kalau boleh tak nak lama-lama sangat bercinta. Saya rasa kalau kita dah merancang, benda itu boleh laksanakan dalam masa yang singkatlah, insya-Allah

“Tak ada orang yang 100 peratus bersedia nak berkahwin, jadi suami atau seorang bapa. Tengok niat kita sebenarnya nak tamatkan zaman bujang ini sebab apa. Bukan nak seronok semata-mata, lebih kepada melunaskan tuntutan agama,” ujarnya lagi.

Ditanya sekiranya kembali mengikat kasih dapat mematangkannya, Sufian yang mula memujuk kekasih itu mengakui akan menggunakan apa sahaja yang ada dengan sebaiknya.

“Bagi saya, tiada yang sempurna. Semua yang berlaku sudah ditulis, Allah yang tentukan.

“Kita sebagai manusia terutama sekali Muslim, buat yang terbaik. Kita dah diberikan rezeki.

“Kalau gunakan rezeki itu sebaik mungkin, kalau rezeki jodoh tahun ini saya akan laksanakan tanggungjawab saya dengan sehabis baik,” jelasnya.

Awal Januari lalu, Sufian memuat naik foto bersama Rania dalam media sosial dan meletakkan emoji hati.

Hantaran tersebut sekali gus menguatkan spekulasi bahawa kasih mereka kembali bertaut selepas dikatakan berpisah pada April 2023. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI