fbpx

Bapa gitaris Hujan AG Coco meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bapa kepada komposer dan pemain gitar kumpulan Hujan AG Coco, Mohd. Hafidz Hussein meninggal dunia, semalam.

PETALING JAYA – Bapa kepada komposer dan pemain gitar kumpulan Hujan AG Coco, Mohd. Hafidz Hussein meninggal dunia, semalam.

Berita duka itu dikongsikan AG atau nama sebenarnya Mohd. Hezry Mohd. Hafidz, 40, yang memaklumkan jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Akar Peluru Alor Setar, Kedah, tengah hari tadi.

“Dengan penuh dukacita, kami memaklumkan pemergian ayahanda kami, Mohd. Hafidz Hussein pada hari ini, 21 April 2025 bersamaan 22 Syawal 1446H.

“Jenazah dibawa pulang ke Masjid Akar Peluru, Alor Setar di mana solat jenazah dilakukan sekali lagi sebelum pengebumian dijalankan,” katanya dalam hantaran di InstaStory.

Begitupun, AG tidak memberikan punca pemergian insan kesayangannya itu.

Sebelum ini dia pernah meluahkan kesedihan mengenai bapanya yang diserang angin ahmar dan koma pada malam raya lalu.

Situasi dilalui membuatkannya sukar melupakan detik tersebut selain menyifatkan kejadian paling beremosi sekali gus terpahat kukuh dalam ingatannya.

Terdahulu, jenazah dimandi dan disolatkan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, petang semalam.

Jenazah kemudian dibawa ke Masjid Akar Peluru, Alor Setar, Kedah dan disolatkan sekali lagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI