fbpx

PRK Ayer Kuning: 93.4 peratus pengundi awal tunai tanggungjawab

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pegawai Pemerintah Batalion 3 PGA Bidor, Superintendan Azhar Hashim (tengah) turut melaksanakan tanggungjawab membuang undi pada PRK DUN Ayer Kuning di Batalion 3 PGA Bidor, Tapah hari ini.

PUTRAJAYA – Proses mengundi awal bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Ayer Kuning hari ini mencatatkan sebanyak 93.4 peratus keluar mengundi selepas pusat mengundi awal ditutup pukul 5 petang tadi.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Indera Ikmalrudin Ishak berkata, proses undi awal itu melibatkan seramai 500 orang pengundi terdiri daripada
anggota Polis dan pasangan Polis PGA.

“Hari ini telah berlangsung proses pengundian awal bagi PRK Ayer Kuning, Perak di mana proses pengundian awal ini hanya melibatkan dua pusat mengundi iaitu di Dewan Anggerik, Kompleks Perumahan IPD Tapah dan Dewan Rekreasi Pegawai Kanan, Batalion 3 PGA Bidor.

“Pusat mengundi awal di Dewan Anggerik bermula pada pukul 8 pagi sehingga 12 tengah hari, manakala di Dewan Rekreasi bermula pada pukul 8 pagi sehingga 5 petang,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

Untuk rekod, seramai 31,897 pemilih berdaftar bakal menentukan nasib Barisan Nasional (BN)- UMNO sama ada parti itu dapat meneruskan penguasaan di Dewan Undangan Negeri Ayer Kuning atau sebaliknya menerusi Pilihan Raya Kecil (PRK) pada 26 April depan.

Daripada jumlah itu, pengundi muda berusia antara 18 hingga 29 tahun merekodkan jumlah sebanyak 7,354 orang, manakala pengundi berusia berusia antara 30 hingga 89 tahun sebanyak 24,384 orang.

PRK DUN Ayer Kuning diadakan susulan kematian wakil rakyat kawasan itu, Allahyarham Ishsam Shahrudddin, 59, yang juga Ketua UMNO Bahagian Tapah susulan serangan jantung ketika menyertai kejohanan bola sepak di Pulau Pinang.

Pada PRU15, Ishsam mewakili BN menang dengan 2,213 majoriti undi iaitu dengan 9,088 bilangan undi dalam pertembungan lima penjuru.

Kerusi DUN Ayer Kuning menjadi kubu kuat BN sejak lapan penggal lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI