JAKARTA – Seorang pelajar perempuan mengundang perhatian ramai kerana meletakkan besi bagi mengekalkan bentuk tudung yang dipakai, lapor portal berita Lambe Turah semalam.
Rakaman dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @ummi_marlina menunjukkan gadis bertudung biru itu sedang membuat latihan di dalam kelasnya.
Apa yang menarik perhatian adalah sebatang besi diletakkan dalam tudung sehingga menjulur keluar daripada kepalanya.
Dia berbuat demikian agar tudungnya kekal terbentuk dan kelihatan cantik serta kemas.
Rakaman itu mencatatkan lebih 922,600 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi netizen.
“Saya gemar meletakkan pembaris kayu warna oren dalam tudung masa sekolah dulu. Saya malu bila mengimbau kembali kenangan,” kata seorang netizen.
“Bakat terpendam,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI