fbpx

Kes pukul viral: ‘Langsung tak tahu ada kes macam ini’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SALAH sebuah kediaman di Rumah Pangsa Daisi, Plentong, Johor Bahru inilah menjadi tempat kes seorang lelaki dipukul beramai-ramai sehingga cedera menerima sembilan jahitan. Foto RAJA JAAFAR ALI/ KOSMO!

JOHOR BAHRU – Penduduk di perumahan Pangsa Daisi, Plentong di sini terkejut dengan kejadian membabitkan sekumpulan individu membelasah seorang lelaki di kawasan tersebut baru-baru ini.

Menurut penduduk yang enggan dikenali, dia hanya menyedari mengenai perkara itu selepas video insiden tersebut tular di media sosial.

“Saya terperanjat apabila mendapat tahu lokasi kejadian itu rupa-rupanya di sini.

“Saya tinggal di tingkat satu, tidak jauh pun (lokasi kejadian tingkat empat), tapi memang langsung tidak tahu menahu ada kes ini,” kata ketika ditemui Kosmo! hari ini.

Lelaki berusia dalam lingkungan 40-an itu berkata, penduduk juga tidak mengenali mangsa dan mereka yang terlibat dalam kejadian itu selain mendakwa kediaman tersebut merupakan rumah sewa.

“Rumah itu memang rumah sewa, tapi saya tak pasti berapa ramai yang tinggal di dalamnya atau siapa mereka,” katanya.

Seorang lagi penduduk berkata, sepanjang menetap di rumah pangsa itu, dia tidak pernah terserempak dengan mana-mana individu yang terlibat dalam insiden keganasan tersebut.

Tinjauan Kosmo! di lokasi kejadian mendapati rumah tersebut dalam keadaan berkunci.

Rumah pangsa lima tingkat itu mempunyai empat kediaman bagi setiap tingkat.

Terdahulu, tular beberapa rakaman video berdurasi satu hingga dua minit memaparkan seorang pemuda dipukul bertubi-tubi oleh sekumpulan lelaki termasuk alat sulitnya ditendang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI