fbpx

5 suspek bakar kereta polis ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bomba memadam kebakaran kereta polis di Depok pada 18 April lalu. - Bomba Depok

JAKARTA – Polis Daerah (Polda) Metro Jaya menahan lima suspek terlibat dalam kes membakar kereta polis di Depok, wilayah Jawa Barat baru-baru ini, lapor laman berita Tempo semalam.

Ketua Perhubungan Awam Polda Metro Jaya, Komisioner Besar Ade Ary Syam Indradi berkata, sebahagian daripada suspek merupakan anggota pertubuhan masyarakat setempat,  Gerakan Rakyat Indonesia Bersatu (GRIB).

“Daripada lima suspek, empat ialah anggota GRIB Jaya. Mereka ditangkap di lokasi dan waktu berbeza,” katanya.

Dalam kejadian di Jalan Pondok Rangon pada 18 April lalu, Unit Siasatan Jenayah Polis Metro Depok menahan seorang suspek kes pencerobohan tanah dan pemilikan senjata api secara haram. 

Ketika polis membawa suspek yang dikenali sebagai TS, orang ramai mengejar dan menghalang beberapa kenderaan pihak berkuasa di Jalan Pondok Rangon. 

Kenderaan yang membawa TS terselamat dalam insiden itu, namun tiga kenderaan lain dibakar oleh orang ramai.

Pengarah Jenayah Am Polis Metro Jaya, Komisioner Besar Wira Satya Triputra berkata, TS sebelum itu menghasut orang ramai untuk menghalang penangkapannya.

“Kenapa mereka berani melawan pegawai polis? 

“Ini kerana ketua mereka ditahan oleh Unit Siasatan Jenayah Polis Depok, lalu secara spontan mereka cuba menghalang polis,” katanya. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI