fbpx

Perak aktifkan MTEN kesan tindakan Trump

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SAARANI bercakap pada sidang DUN Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan di Ipoh hari ini.

IPOH – Majlis Tindakan Ekonomi Negeri (MTEN Perak) diaktifkan semula sebagai reaksi kepada dasar tarif yang dilaksanakan oleh Presiden Amerika, Donald Trump.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, kerajaan negeri peka dan prihatin terhadap kegusaran rakyat berhubung ketidaktentuan landskap ekonomi global.

Katanya, keadaan itu sudah pasti memberi kesan secara langsung mahupun tidak langsung kepada ekonomi negeri dan juga kesejahteraan rakyat.

“Sejajar dengan komitmen untuk memastikan kelangsungan dan kestabilan ekonomi negeri, kerajaan ngeri telah mengambil langkah strategik dengan mengaktifkan semula MTEN Perak sebagai platform konsultasi Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan pihak-pihak berkepentingan,” katanya semasa menggulungkan Mesyuarat Pertama Tahun Ketiga Dewan Negeri Ke-15 Perak di sini hari ini.

Trump yang baru menjadi Presiden pada awal tahun ini, melancarkan tarif kepada pelbagai negara termasuk Malaysia walaupun kemudian mengumumkan beberapa penangguhan.

Saarani berkata demikian sebagai menjawab cadangan penubuhan unit tindak balas bagi menilai impak dasar luar ekonomi terhadap sektor pekerjaan dan pelaburan negeri.

Tambahnya, antara fokus perbincangan MTEN Perak ialah memantau perkembangan ekonomi nasional mahupun global serta menilai keberkesanan pelaksanaan dasar ekonomi di peringkat negeri menerusi pengumpulan data dan mengesyorkan langkah-langkah penyesuaian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI