fbpx

Serie A: Penentuan juara bakal dramatik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
INTER terlepas peluang untuk menjarakkan kedudukan selepas tewas mengejut kepada Bologna pada aksi Serie A pada Ahad lalu. - AFP

ROM – Perebutan kejuaraan Serie A musim ini mungkin berakhir dengan cara paling dramatik apabila Inter Milan dan Napoli kini terikat mata dengan hanya lima perlawanan berbaki.

Kedua-dua pasukan mengumpul 71 mata selepas 33 perlawanan dan jika kedudukan itu kekal hingga penghujung musim, satu perlawanan playoff akan diadakan bagi menentukan pemenang kejuaraan musim ini.

Berbeza dengan liga lain, Serie A memperkenalkan semula sistem playoff bermula musim 2022 dan jika dua pasukan teratas tamat dengan jumlah mata sama, perlawanan penentuan akan dimainkan di gelanggang berkecuali.

Sekiranya seri selepas 90 minit, ia akan terus ke penentuan sepakan penalti tanpa masa tambahan dan situasi itu pernah berlaku sekali dalam sejarah liga Itali iaitu pada 1964 apabila Inter tewas 0-2 kepada Bologna dalam perlawanan playoff di Stadio Olimpico.

Sejak itu, kejuaraan biasanya ditentukan berdasarkan rekod pertemuan atau perbezaan jaringan, namun peraturan itu tidak pernah diguna pakai kerana juara musim-musim terdahulu menang dengan kelebihan mata yang selesa.

Napoli menjulang trofi musim lalu dengan kelebihan 16 mata, manakala Inter menamatkan saingan musim sebelumnya dengan kelebihan 19 mata ke atas pencabar terdekat.

Bagaimanapun musim ini, persaingan lebih terbuka selepas Inter mengambil alih kedudukan teratas pada Februari lalu dan sempat mendahului tiga mata sebelum Napoli berjaya menyamakan kutipan mata hujung minggu lalu. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI