fbpx

Arif Aiman intai gelaran keempat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ARIF AIMAN berjaya mengekalkan prestasi menyebabkan dia berpeluang untuk dinobatkan sebagai MVP kali keempat berturut-turut.

PEMAIN Paling Bernilai (MVP) musim lalu, Arif Aiman Hanapi kekal menjadi calon pilihan untuk merangkul anugerah itu sekali gus mempertahankannya buat kali keempat berturut-turut pada Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK), malam ini.

Menrusi pencapaian luar biasa diraih Johor Darul Ta’zim (JDT) musim ini, wakil Harimau Selatan dijangka turut akan menjadi pilihan untuk mengungguli setiap kategori termasuk Jurulatih Terbaik, Penyerang Terbaik, Penjaga Gol Terbaik, Pemain Import Terbaik dan Pemain Piala MFL Terbaik.

“Sudah pasti saya mahu juga menang MVP buat kali keempat. Apa pun saya tetap bersyukur kerana turut berada dalam anugerah kali ini. Kalau menang ia akan jadi motivasi untuk saya bagi tampil lebih baik pada musim depan,” katanya.

Pada edisi lepas, selain diangkat sebagai penerima anugerah MVP, Arif Aiman mendominasi empat lagi anugerah lain iaitu Penyerang Terbaik, Pemain Muda Terbaik, Gol Terbaik Liga Malaysia 2023 serta berkongsi Anugerah Kasut Emas selaku Penjaring Terbanyak Tempatan Liga Super bersama penyerang Selangor FC, Faisal Abdul Halim.

Kali ini, Arif Aiman tersenarai sebagai calon Pemain Tengah Terbaik bersama Safawi Rasid (Terengganu FC) dan Stuart Wilkin (Sabah FC).

Bagi kategori Jurulatih Terbaik menampilkan Aidil Sharin Sahak (Kuching City FC), Hector Bidoglio (JDT) serta Katsuhito Kinoshi (SFC), manakala Penyerang Terbaik menyaksikan persaingan antara Darren Lok (Sabah FC), Paulo Josue (KL City FC) serta Romel Morales (JDT).

Feroz Baharudin (JDT), Harith Haiqal (SFC) dan Dominic Tan (Sabah FC) pula tersenarai bagi kategori Pertahanan Terbaik dan kategori Penjaga gol JDT bakal menyaksikan seorang lagi wakil JDT, Ahmad Syihan Hazmi bakal merebut anugerah itu bersama Haziq Nadzli (Perak FC) dan Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi (Selangor FC).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI