fbpx

‘Norman T20 beli kereta mewah segala, lagi membara saya’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pelakon Abby Abadi terus mengundang perhatian ramai apabila membangkitkan isu mengenai pemberian nafkah daripada bekas suaminya, Norman Hakim sejak bercerai 17 tahun lalu.

Berang Norman masih membisu, Abby berkata, banyak pengorbanan yang dilakukan sepanjang membesarkan tiga anaknya iaitu Danish, Dania dan Danisha.

“17 tahun, tempoh yang lama dan bukan jangka masa yang pendek.

“Saya usahakan ini untuk anak-anak yang dia tinggalkan dengan saya.

“Anak-anak itu memang tak akan bersama saya untuk buat tuntutan nafkah sebab mereka tak dapat apa pun daripada bapa mereka sebab sudah terbiasa,” katanya dalam aplikasi Threads.

Tambahnya, luahan tersebut juga dimuat naik dalam media sosial kerana sudah terlalu banyak ‘hint’ diberikan, namun bekas suaminya didakwa memilih untuk tidak mengambil kisah.

“Ya, memang baik dan tak pernah terfikir nak luah begini. Banyak kali beri ‘hint’ tapi dia buat tak tahu, masa berlalu begitu sahaja.

“Dulu untuk Danish, Dania dan Danisha, saya rasa tak mengapa kalau saya tiada sebab belah sana ada tapi boleh lihat sendiri kan?” katanya lagi.

Lebih memanaskan keadaan, Abby turut mendakwa tiga anaknya tidak diajak untuk bercuti bersama bapa mereka.

Jelasnya, gaya hidup Norman juga dikategorikan sebagai golongan T20 berbanding dirinya yang dikatakan hanya B40 namun menegaskan tidak terbit rasa cemburu dalam hati.

“Masa susah sama-sama ke sana sini, tapi bila senang, mereka sahaja. Malas nak tulis sebab nanti orang kata dengki sedangkan tidak.

“Sebab saya fikir bila sudah kaya tentu anak-anak dapat menumpang sama tapi nampakkan, anak-anak saya tak ikut pun mereka bercuti.

“Sebelum ini kalau berjalan dan berkumpul memang kami guna konsep kongsi demi anak-anak. Sekarang susah dah nak bercuti sekali sebab mereka sudah tahap T20.

“Saya ini dari kategori B40. Berangan macam T20 tapi sekarang pun tak boleh kejar untuk ke sana sini dan bayar sama-sama.

“Ajak pun tidak, itu yang sebenarnya. Anak-anak tak tahu ‘tong tong’ ke, ‘ting ting’ ke, hanya tahu seronok sahaja,” jelasnya.

Tegasnya, dia meluahkan perkara tersebut bagi mendapatkan hak yang sepatutnya dimiliki tiga anaknya daripada bapa mereka selama ini.

Dia bahkan mempersoalkan gaya hidup Norman yang dikatakan mewah namun gagal memenuhi keperluan anak-anak.

*’Masih, tapi belanja sekolah’*

Meski begitu, Abby bagaimanapun memberitahu Norman masih memberi wang perbelanjaan persekolahan tiga anaknya.

“Kalau saya meninggal dunia dan tak tuntut sekarang, saya rasa pakaian dalam pun anak-anak tak merasa daripada dia. Beli pula kereta mewah segala, lagilah membara saya.

“Saya beri ‘hint’ masa hari jadi anak, belikan anak kereta tapi hanya buat tak tahu sahaja. Sudahnya anak itu beli kereta berhutang selama sembilan tahun.

“Suruh beli bukan sebab tak mahu anak berdikari tapi kerana bapanya mampu.

“Namun, yang paling jelas tempat tinggal, makan minum harian sejak kecil. Belanja raya macam mana? Seorang hanya sehelai baju sahaja ke?” ujarnya.

Katanya lagi, anak-anak mungkin tidak terlalu mengambil berat mengenai isu nafkah namun dia akan memperjuangkan terus hal tersebut.

“Sekarang sudah besar, anak usaha cari duit dan pandai pun beli sendiri. Jadi, anak-anak memang tiada isu tentang hal ini.

“Sekarang yang ada isu ialah saya kerana nak menuntut duit makan minum harian dan tempat tinggal sejak bercerai 17 tahun lalu,” kongsinya.

Ketika ini, nama Abby menjadi bualan hangat netizen dalam media sosial susulan isu berkaitan Marissa dan suaminya, Aslam.

Susulan itu, pelbagai isu didedah Abby termasuk kejadian suaminya melempang Aslam dan juga tindakan Norman yang didakwa masih berdiam diri mengenai anak-anak mereka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI