fbpx

Ular 4kg melingkar dalam bonet

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemanggil berasa tidak sedap hati setelah mendengar bunyi bising kucing yang berada berhampiran keretannya kemudian telah membuka bonet hadapan dan terkejut apabila mendapati terdapat seekor ular di dalamnya.

ALOR GAJAH – Pasukan Angkatan Pertahanan Awam terpaksa mengambil masa kira-kira 45 minit untuk mengeluarkan seekor ular tedung selar seberat empat kilogram dari bonet hadapan sebuah kereta di Paya Datuk, di sini, semalam.

Pegawai Operasi APM Daerah Alor Gajah, Leftenan (PA) Abdul Hadi Baharom berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan bagi kes menangkap ular (KMU) pada pukul 9.13 malam.

Katanya, panggilan tersebut dibuat oleh seorang lelaki berusia 43 tahun memaklumkan terdapat seekor ular di dalam bonet hadapan sebuah kereta jenis Honda Accord.

“Pasukan kami tiba di lokasi dan pemeriksaan di bonet hadapan kereta itu menjumpai seekor ular jenis tedung selar seberat empat kilogram melingkar di bahagian bawah enjin kereta.

“Pasukan penyelamat mengambil masa kira-kira 45 minit untuk mengeluarkan haiwan berbisa itu,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Ujarnya, kejadian itu disedari lelaki tersebut selepas terdengar bunyi bising seekor kucing yang berada berhampiran keretanya.

“Pemanggil yang berasa tidak sedap hati kemudian telah membuka bonet hadapan dan terkejut apabila mendapati terdapat seekor ular di dalamnya.

“Difahamkan, ini bukan kali pertama keretanya dimasuki ular yang dipercayai sesat dari kawasan semak berhampiran ,” katanya.

Jelasnya, ular sepanjang 1.6 meter itu kemudian telah dibawa dan dilepaskan di habitat asalnya yang jauh dari kawasan perumahan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI