fbpx

Gasly mangsa terbaharu Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GASLY menjadi pelumba keenam F1 yang dijangkiti pandemik Covid-19. – AFP

LONDON – Pelumba Alpha Tauri, Pierre Gasly yang disahkan positif Covid-19 mengakui dalam kea­daan sihat dan tidak berputus asa untuk melakukan persiapan menjelang perlumbaan Formula Satu (F1) yang membuka tirai pada 28 Mac di Bahrain nanti.

Gasly menjadi pelumba ke­enam dijangkiti wabak tersebut ketika ini selepas Sergio Perez, Lance Stroll, Lewis Hamilton, Lando Norris dan Charles Leclerc pernah dijangkiti Covid-19 sebelum ini.

“Saya ingin jelaskan bahawa saya disahkan positif Covid-19. Saya telah memberitahu rakan, kenalan rapat termasuk individu yang pernah berjumpa saya dalam tempoh terdekat ini.

“Kini saya sedang menjalani kuarantin dan mengikuti protokol yang telah ditetapkan pihak kesihatan. Secara keseluruhan keadaan saya baik dan akan menjalani latihan di rumah,” katanya.

Ketua pasukan Mercedes, Toto Woff dan pemilik pasukan Aston Martin, Lawrence Stroll turut dikesan dijangkiti positif Covid-19.

Perlumbaan pembuka tirai akan bermula di Bahrain pada 28 Mac ini berikutan Grand Prix (GP) Australia terpaksa ditunda selepas Australia enggan mengambil risiko menganjurkannya.
F1 dijangka bermula di Bahrain dengan kawalan protokol yang ketat bagi mengekang penularan wabak tersebut. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI