fbpx

Gaji pelumba MotoGP semakin merosot

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MILLER merasakan penurunan kadar bayaran gaji pelumba disebabkan pengaruh besar pengeluar motosikal ketika ini. - AFP

MADRID –  Pelumba berpengalaman, Jack Miller kembali mencetuskan perbincangan hangat mengenai isu gaji dalam Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) yang menurutnya kini semakin merosot berbanding era kegemilangan terdahulu.

Pada masa lalu, ikon sukan permotoran seperti Valentino Rossi dan Jorge Lorenzo menikmati pendapatan yang sangat lumayan hasil daripada dominasi mereka di pentas kejuaraan, namun kata Miller, situasi tersebut sudah banyak berubah.

“Kini, ramai pelumba sama ada yang baharu mahupun berpengalaman seperti saya, menandatangani kontrak dengan bayaran sangat rendah. Ini hanyalah semata-mata untuk mendapat peluang menunggang jentera berprestasi tinggi,” jelasnya.

Difahamkan, Fabio Quartararo adalah pelumba dengan bayaran tertinggi ketika ini, dianggarkan sekitar €12 juta (RM60.2 juta) setahun bersama Monster Energy Yamaha.

Juara dunia enam kali, Marc Marquez yang pernah menjadi pelumba bergaji paling tinggi ketika bersama Honda, telah meninggalkan pasukan itu pada tahun 2023.

Menurut Miller, penurunan kadar bayaran tersebut berpunca daripada pengaruh besar pengeluar motosikal dan kehebatan jentera itu sendiri yang kini lebih dominan berbanding kebolehan individu pelumba.

“Zaman dahulu, tiga atau empat pelumba utama dibayar dengan jumlah yang luar biasa. Kini, peluang untuk mendapatkan kontrak besar semakin terhad,” katanya lagi.

Miller turut menyatakan kesungguhan pelumba untuk mendapatkan jentera terbaik menjejaskan kuasa tawar-menawar mereka dalam proses rundingan kontrak.

Kini dalam musim ke-11 di MotoGP, Miller telah menunggang untuk empat jenama iaitu Honda, Ducati, KTM dan Yamaha apabila kehilangan tempat di pasukan utama KTM kepada pelumba muda, Pedro Acosta. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI