fbpx

Pemandu rentung kereta terbakar selepas terbabas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba memadam kebakaran sebuah kereta yang terbakar selepas terbabas dan terbalik hingga menyebabkan pemandunya rentung di Kilometer 65.3 Lebuh Raya Utara-Selatan malam tadi.

PENDANG – Seorang pemandu yang belum diketahui identiti ditemukan rentung selepas kereta dipandunya terbabas dan melanggar pembahagi jalan di Kilometer 65.3 Lebuh Raya Utara-Selatan menghala ke utara dekat sini malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Guar Cempedak, Penolong Penguasa Bomba Mohd. Hafizam Abd. Rasid berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 11.36 malam dan sepasukan anggota digerakkan ke lokasi.

“Sebaik tiba didapati sebuah kereta dipercayai jenis Hyundai sedang terbakar dalam keadaan terbalik dipercayai terbabas selepas melanggar pembahagi sebelah kiri jalan.

“Pihak kita mengambil masa selama 40 minit untuk mengawal api sebelum menemui satu mayat yang tidak dapat dikenal pasti identiti rentung di kerusi hadapan pemandu,” katanya.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Pendang, Superintendan Rodzi Abu Hassan mengesahkan kejadian dan memaklumkan kes itu disiasat Unit Forensik PDRM Ibu Pejabat Kontinjen Kedah (IPK).

“Ini berikutan keadaan kereta yang tidak dapat dikesan jenis, nombor casis dan pendaftaran. Mangsa yang dibawa  ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar juga tidak dapat dikenal pasti jantina berikutan rentung terbakar,” katanya ketika dihubungi hari ini. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI