fbpx

Lelaki cedera tercucuk besi senapang ikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan tangan seorang lelaki yang cedera tercucuk besi senapang ikan semasa sedang menangkap ikan di sebuah sungai di Betong, Sarawak hari ini.

BETONG – Seorang lelaki cedera tercucuk besi senapang ikan semasa sedang menangkap ikan di sebuah sungai di sini, hari ini.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak, satu pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Betong telah dikerahkan ke Hospital Bahagian Betong selepas menerima panggilan kecemasan sekitar pukul 6 petang.

“Sampai di hospital, Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II (KUP) Abang Jamadilhir Abang Mostafa melaporkan, terdapat seorang mangsa cedera akibat tercucuk besi di lengan dan sedang diberi rawatan oleh pihak hospital.

“Pasukan khas Jentera Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS) berusaha memotong besi dengan menggunakan ‘hydraulic cutter’.

“Selesai memotong besi tersebut, rawatan selanjutnya diserahkan semula kepada pihak hospital,” katanya dalam satu kenyataan.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI