fbpx

Isu ilustrasi bendera: 42 individu dirakam percakapan, 40 laporan polis diterima

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ayob Khan ketika bercakap pada sidang akhbar selepas majlis perasmian Balai Polis Country Homes, Rawang di sini hari ini. KOSMO!/SYAKIR RADIN

RAWANG – Seramai 42 individu dirakam keterangan berhubung isu penyiaran ilustrasi Jalur Gemilang yang tidak lengkap pada muka hadapan akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, individu tersebut termasuklah Ketua Editor dan Timbalan Ketua Penyunting akhbar berkenaan yang direkodkan keterangan semalam.

Menurut beliau, siasatan berhubung kes itu masih berjalan dan pihaknya akan memanggil beberapa individu lagi dalam masa terdekat.

“Siasatan masih lagi berjalan dan setakat ini sebanyak 40 laporan polis sudah diterima.

“Seramai 42 saksi sudah diambil keterangan dan kemungkinan akan ada lagi individu yang akan dipanggil (memberi keterangan),” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Balai Polis Bandar Country Homes di sini hari ini.

Semalam, media melaporkan Ketua Editor dan Timbalan Ketua Penyunting Sin Chew Daily ditahan bagi membantu siasatan berhubung isu penyiaran ilustrasi Jalur Gemilang tanpa bulan sabit.

Kedua-dua mereka ditahan untuk siasatan dan dibawa ke pejabat untuk mengambil komputer serta barangan berkaitan. Mereka bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan polis.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI