fbpx

3,465 kenderaan diarah berpatah balik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

GEORGE TOWN – Sebanyak 3,465 kenderaan diarah berpatah balik selepas didapati tidak memiliki surat kebenaran rentas negeri selain memberi alasan tidak munasabah sepanjang perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 di negeri ini sejak 13 Januari lalu.

Ketua Polis Negeri, Datuk Sahabudin Abd. Manan berkata, sebanyak 40,648 permohonan permit pergerakan melibatkan lima daerah negeri ini telah diluluskan sehingga semalam.

Menurutnya, pecahan mengikut jumlah permohonan permit yang diluluskan di setiap daerah tersebut adalah Timur Laut (7,515), Barat Daya (4,202), Seberang Perai Utara (12,472), Seberang Perai Tengah (8,892) dan Seberang Perai Selatan (7,567).

“Daripada jumlah tersebut, sebanyak 351 permohonan telah ditolak kerana gagal memberi alasan yang munasabah .

“Seberang Perai Selatan mencatatkam jumlah tertinggi kenderaan yang diarah berpatah balik iaitu sebanyak 1,249 diikuti dengan Seberang Perai Tengah (992), Seberang Perai Utara (648), Barat Daya (343) dan Timur Laut (233),” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Beliau memberitahu, permohonan yang diluluskan kebanyakannya menggunakan alasan urusan kerja, pasangan jarak jauh, kecemasan, pelajar kolej atau universiti pulang ke rumah dari asrama dan ada temujanji dengan doktor.

“Polis kini giat menjalankan operasi bagi memastikan penduduk di negeri ini mematuhi prosidur operasi standard (SOP) bagi membantu mengekang penularan wabak Covid-19,” ujarnya.

Tambah beliau, kekuatan harian sumber manusia Polis Diraja Malaysia (PDRM) Pulau Pinang adalah seramai 244 pegawai dan 2,135 anggota.

Pada 21 Januari lalu, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan PKP di Pulau Pinang, Selangor, Melaka, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, Kelantan serta Sabah dilanjutkan sehingga 4 Februari 2021. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI