fbpx

25,000 liter air zamzam dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Air zam-zam yang dirampas cuba diseludup masuk ke negara ini.

KLANG – Cubaan menyeludup 25,000 liter air zamzam ke negara ini gagal selepas ia dapat dikesan pihak berkuasa di Pelabuhan Utara, di sini Rabu lalu.

Pengesanan itu dilakukan hasil pemeriksaan pukul 11.05 pagi sepasukan anggota Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Zon Tengah, Unit 11 (Selangor) terhadap sebuah kontena di kawasan tersebut.

Ketua Pengarah Kastam, Datuk Seri Abdul Latif Abdul Kadir siasatan mendapati kontena itu telah diikrarkan bermuatan barangan lain bagi tujuan import.

“Hasil pemeriksaan lanjut mendapati terdapat sejumlah 25,000 liter air zamzam yang ingin diseludup masuk ke negara ini.

“Air zamzam diklasifikasikan sebagai dagangan terlarang di bawah Butiran 74, Jadual Ketiga Bahagian 1, Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2017,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Nilai keseluruhan air zamzam itu termasuk cukai adalah kira-kira RM236,250.

Abdul Latif menegaskan, pihaknya kini menyiasat pengimport dan ejen terlibat dalam penyeludupan barangan tersebut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(a) Akta Kastam 1967. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI