fbpx

Adam Loi bukan penerima vaksin Covid-19 pertama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Poster yang menafikan laporan seorang sukarelawan menjadi individu pertama menerima vaksin Covid-19.

PETALING JAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) menafikan bahawa seorang sukarelawan yang dikenali sebagai Adam Loi merupakan individu pertama yang menerima vaksin Covid-19 di negara ini.

KKM dalam satu kenyataan berkata, sukarelawan tersebut hanya menerima vaksin kajian dan bukannya vaksin sebenar Covid-19.

Menurut KKM, setakat ini penerima vaksin Covid-19 yang pertama di negara masih belum ditentukan.

“Adalah menjadi harapan KKM, pencerahan ini dapat memberikan gambaran sebenar mengenai siapa penerima pertama vaksin di Malaysia.

“Pihak yang menularkan grafik tersebut diminta menghentikan sebaran dan memadamnya bagi mengelak kekeliruan terus berlaku dalam kalangan orang ramai,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sebelum ini, tersebar grafik di media sosial yang mendakwa Adam Loi adalah penerima pertama vaksin Covid-19.

Gambaran grafik tersebut adalah tidak benar sama sekali.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI