fbpx

Zarina, Fathia sudah berbaik?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zarina dan Fathia

PETALING JAYA – Selepas dua tahun saling berseteru dan saling berbalas kenyataan menerusi media sosial, dua pelakon kontroversi, Zarina Anjouline dan Fathia Latiff dikhabarkan sudah berbaik.

Perkara tersebut didedahkan pendandan rambut terkenal, Ridzokumara menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram miliknya memaparkan Zarina dan Fathia sedang berbual bersama-sama.

Menerusi perkongsian tersebut, Ridzokumura meluahkan rasa syukur apabila kedua-dua mereka sudah pun berbaik dan kembali bersahabat.

“Alhamdulillah dah berbaik dah budak baik ni @anjoulielavocah1 @fatiyalatiff,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Dalam perkongsian tersebut juga, Ridzokumara turut meluahkan rasa syukur apabila kedua-dua mereka sudah pun berbaik dan menjalikan persahabatan semula.

Dalam pada itu, pendandan rambut itu turut mengatakan Fathia ada mengajak Zarina untuk sama-sama belajar serta mendalami ilmu agama.

 

Tangkap layar Fathia dan Zarina yang dikhabarkan sudah berbaik semula.

Meninjau dalam ruangan komen, rata-rata pengikut meluahkan rasa syukur dan mendoakan ukhwah serta ikatan persahabatan mereka kekal selamanya.

Terdahulu, kedua-dua selebriti sensasi yang merupakan kawan baik itu dikatakan bergaduh disebabkan beberapa konflik serta perkara yang tidak dinyatakan secara jelas oleh mereka.

Tidak terhenti setakat itu, Zarina pernah menghentam sikap rakan baiknya itu dan menggelarkan Fathia seperti seorang ‘loser’ (tak guna) selain mendedahkan perangai buruk wanita itu secara umum menerusi media sosialnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI