fbpx

Juruaudit lapor negeri AS bazir wang rakyat RM1.7 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail bandar Jackson, Mississippi. - Foto AFP

WASHINGTON – Seorang juruaudit melaporkan pembaziran mencecah  AS$400 juta (RM1.7 bilion) berlaku sepanjang tempoh perkhidmatannya di negeri Mississippi, Amerika Syarikat (AS), lapor portal berita Fox News semalam.

Pejabat juruaudit tidak mempunyai kuasa untuk mencegah mana-mana perbelanjaan yang dianggap membazir dan hanya memberi nasihat kepada anggota-anggota kongres negeri tentang perkara itu.

“Namun,  orang ramai mula meneliti laporan kami. 

“Pada masa kami di pejabat juruaudit negeri, saya dan pasukan saya menemui pembaziran kira-kira AS$400 juta. Angka ini terkandung dalam laporan setebal 800 muka sura ,” kata juruaudit itu, Shad White.

Beliau berkata, program perlindungan kesihatan, Medicaid adalah isu utama kerana berpuluh-puluh juta dolar wang subsidi diberikan kepada penduduk Mississippi yang tidak layak menerimanya.

Agensi kerajaan negeri juga didapati membelanjakan hampir AS$6,000 (RM24,000) untuk membeli sebuah televisyen, katanya.

Namun, kata White, agensi persekutuan membelanjakan kira-kira AS$2,000 (RM8,000) untuk pembelian  serupa.

“Jadi, jika anda rasa kerajaan persekutuan tidak cekap, kerajaan negeri anda di seluruh negara (AS)  berkemungkinan jauh kurang cekap,” katanya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI