fbpx

Anwar salam semua pemimpin parti pembangkang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar mengambil kesempatan beramah mesra bersama pemimpin lain ketika Istiadat Pengebumian Negara Allahyarham Tun Abdullah di Masjid Negara hari ini.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil kesempatan untuk beramah mesra dengan semua pemimpin lain ketika menghadiri Istiadat Pengebumian Negara Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi di Masjid Negara, di sini hari ini.

Selepas menunaikan solat jenazah, Anwar dilihat bersalaman dengan bekas Perdana Menteri kelapan yang juga pPresiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali serta beberapa pemimpin lain yang turut hadir memberikan penghormatan terakhir.

Momen tersebut kelihatan penuh hiba dan menyentuh hati, mencerminkan perpaduan serta penghormatan terhadap tokoh negarawan itu.

Terdahulu, Allahyarham Tun Abdullah, 85, selamat disemadikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara sekitar pukul 2.30 petang.

Sebelum ini, Perdana Menteri kelima itu menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN) pada pukul 7.10 malam semalam selepas mengalami masalah pernafasan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI