fbpx

Loji benih padi Simpang Lima pacu kemandirian industri padi tempatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sham (empat dari kanan) memotong riben sebagai gimik majlis pembukaan rasmi Ramp Seihotrades Sdn. Bhd. di Sungai Rawa, Bagan Serai hari ini. - Foto WAT KAMAL ABAS / KOSMO!

BAGAN SERAI – Pembukaan loji benih padi milik Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) Perak di Simpang Lima di sini memperkukuh kemandirian industri padi tempatan serta menjamin bekalan benih berkualiti kepada pesawah di seluruh Perak dan negeri-negeri utara Semenanjung.

Pengerusi PPN Perak, Datuk Sham Mat Sahat berkata, loji berkenaan akan dirasmikan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pada 6 Mei ini dan menjadi langkah strategik dalam usaha mengawal mutu serta kestabilan harga benih.

“Apabila kita hasilkan benih sendiri, kita bukan sahaja mampu menjaga kualiti tetapi juga menstabilkan harga agar tidak membebankan pesawah,” katanya ketika merasmikan pembukaan rasmi Ramp Seihotrades Sdn. Bhd. di Sungai Rawa di sini hari ini.

Beliau berkata, PPN Perak dijanjikan kuota pengeluaran sebanyak 30,000 kampit benih padi yang mampu menampung keperluan Perak serta membantu pesawah di Kedah dan Pulau Pinang.

Sementara itu, Sham turut menyambut baik keputusan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan menurunkan harga benih padi sebanyak RM2 selepas aduan dikemukakan kepada menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu.

“Penurunan kepada RM52 di pintu kilang memberi kelegaan besar kepada pesawah. Ini membuktikan kerajaan prihatin dengan kos pengeluaran yang dihadapi mereka,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI