PETALING JAYA – Hasil usaha bantuan dan dakwah yang dijalankan Ustaz Ebit Liew, kira-kira 157 penduduk di Pulau Tatagan Semporna, Lahad Datu, Sabah memeluk Islam semalam.
Melalui perkongsian Ebit Liew di laman Facebooknya, kesemua penduduk yang terdiri daripada kaum bajau laut atau dikenali ‘gipsi laut’ telah mengucap dua kalimah syahadah tanpa paksaan ketika beliau ke sana dalam misi untuk menghantar bantuan.
Katanya, kebanyakan mereka tinggal dalam bot atau pondok kecil atas laut.
“Saya ke sana untuk beri bantuan, dengar mereka susah dan putus bekalan makanan, mereka susah sangat.
“Bajau laut kumpulan manusia tanpa negara, tengok anak kecil terus menangis dan berebut-rebut datang dekat saya,”katanya di Facebook semalam.
Tambah Ebit Liew, semasa menghantar bantuan di kawasan itu, tiba-tiba ramai tanya saya siapa Tuhan.
Menurut perterjemahnya, tiada seorang pun menerangkan tentang agama Islam di kampung itu sebelum ini.
“Saya terus sebak, saya kumpulkan semua dikeliling bot, saya ajar mereka syahadah dan inilah hari paling sedih gembira dalam hidup saya, terima kasih Allah.
“Saya akan terus bantu beri makanan untuk seluruh kampung atas laut ini ,saya tengah urus untuk bina sekolah dan cari guru serta ustaz untuk mengajar mereka.
“Ya Allah bantulah mudahkanlah diriku untuk pastikan anak-anak ini menjadi manusia berguna,” katanya.-K! ONLINE