fbpx

Anak ditemui mati lemas, bapa belum jumpa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penduduk kampung berjaya menemukan mayat kanak-kanak perempuan yang hilang selepas dihanyut arus sungai bersama bapanya di Long Jekitan, Baram.

MIRI – Kanak-kanak perempuan yang hilang selepas dihanyutkan arus deras Sungai Sengayan dekat sini, bersama bapanya ditemukan meninggal dunia petang semalam.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, mayat Vallerie Mentie Dawellies, 9, dijumpai penduduk kampung pada jarak dua kilometer dari lokasi kejadian.

Katanya, mayat mangsa telah dibawa ke rumah keluarganya di Long Tikan, Baram.

Penduduk kampung berjaya menemukan mayat kanak-kanak perempuan yang hilang selepas dihanyut arus sungai bersama bapanya di Long Jekitan, Baram.

“Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Marudi telah digerakkan ke lokasi kejadian pada pukul 5.30 pagi tadi untuk operasi pencarian bapa kanak-kanak itu, Dawellies Luing, 49.

“Jarak perjalanan dari balai ke lokasi kejadian dianggarkan memakan masa di antara 10 hingga 12 jam dengan menggunakan pacuan empat roda melalui jalan balak dan laluan sungai,” katanya dalam kenyataan.

Kosmo! semalam melaporkan, seorang pembantu pengurusan murid sebuah sekolah dan anak perempuannya hilang dihanyutkan arus deras Sungai Sengayan.

Kejadian berlaku pukul 8 pagi tadi ketika dua beranak itu menyeberangi Sungai Sengayan dengan menaiki sebuah pacuan empat roda sebelum hanyut dibawa arus sungai. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI