fbpx

Ahmad Zahid pilu, hiba lihat jenazah Tun Abdullah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid ketika menziarahi jenazah Allahyarham Tun Abdullah di kediamannya di Tasik Perdana, Kuala Lumpur, malam tadi.

PETALING JAYA – Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan rasa sedih ketika menziarahi jenazah Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi di kediamannya di Tasik Perdana, Kuala Lumpur, malam tadi.

Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, beliau bukan sahaja kehilangan seorang sahabat, malah seorang negarawan yang berjiwa rakyat.

“Allahuakbar, rasa pilu dan hiba sejurus tiba. Kehilangan seorang sahabat dan negarawan berjiwa rakyat.

“Saya mengucapkan takziah kepada keluarga dan mendoakan agar Allahyarham Tun beroleh damai abadi bersama para solehin di Jannah. Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham,” katanya dalam hantaran sebentar tadi.

Terdahulu, Allahyarham Tun Abdullah, 85, dilaporkan mengalami masalah pernafasan sebelum disahkan meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJM) kira-kira pukul 7.10 malam tadi.

Jenazah Perdana Menteri kelima itu akan dibawa ke Masjid Negara bagi memberi penghormatan terakhir sebelum dikebumikan di Makam Pahlawan, esok. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI