fbpx

[VIDEO] Rumah teruk terbakar, bilik solat ‘tak terusik’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kediaman salah satu penduduk di Putra Heights terjejas teruk akibat tragedi kebakaran saluran paip, manakala bilik solat dalam keadaan baik.

PETALING JAYA – Bilik solat di sebuah rumah penduduk di Putra Heights, Subang Jaya masih dalam keadaan baik walaupun kediaman tersebut terjejas teruk akibat tragedi letupan dan kebakaran paip gas pada 1 April lalu.

Menerusi video dimuat naik Exco Pengurusan Bencana Negeri Selangor, Muhammad Najwan Halimi, beliau melawat salah sebuah rumah penduduk yang terjejas dan menunjukkan keadaan bilik solat tersebut.

“Salah satu rumah terjejas teruk, tapi bilik solat masih dalam keadaan baik. Di sebalik musibah, ada tanda kekuasaan-Nya.

“Semoga mangsa diberikan ketabahan dan dipermudah segala urusan pemulihan. Insya-Allah, kami akan bantu sebaik mungkin,” katanya menerusi kapsyen di video berkenaan semalam.

Di ruangan komen, orang ramai mengucapkan syukur dan mendoakan mangsa-mangsa yang terjejas diberikan ketabahan dan kesabaran.

“Itulah makna di sebalik yang kekal. Hanya solat yang kekal sehingga kiamat,” komen seorang pengguna TikTok.

“Subahanallah tabarakallah saya percaya tuan rumah bagus amalannya. Semoga tabah semua yang dilanda ujian,” kata seorang lagi pengguna.

“Alhamdulillah, keajaiban Allah nak tunjuk kepada kita umat Islam. Mesti ada sesuatu amalan baik keluarga ni,” ujar seorang lagi individu. – KOSMO! ONLINE

@najwanhalimi KEADAAN RUMAH MANGSA KEBAKARAN DI PUTRA HEIGHTS— BILIK SOLAT TAK TERBAKAR! Salah satu rumah yang terjejas teruk… tapi bilik solat masih dalam keadaan baik. Di sebalik musibah, ada tanda kekuasaan-Nya. Semoga mangsa diberi ketabahan dan dipermudahkan segala urusan pemulihan. Insya-Allah, kami akan bantu sebaik mungkin. @SelangorTV #kitaselangor #kitaselangormajubersama #putraheights #putraheight #putraheightscommunity #kebakaranrumah ♬ original sound – Najwan Halimi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI