fbpx

BAC 2025: Aaron-Wooi Yik berjaya takluk Asia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AARON (kiri) dan Wooi Yik menamatkan penantian 18 tahun negara untuk bergelar juara Asia selepas menang aksi final BAC di Ningbo, China. - Foto ihsan Facebook Badminton Asia

PETALING JAYA – Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik menamatkan penantian kejuaraan dengan penuh dramatik apabila muncul juara Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2025 dengan menewaskan wakil tuan rumah, Chen Boyang-Liu Yi 21-19, 21-17 sebentar tadi.

Pada aksi final di Pusat Gimnasium Olimpik Ningbo itu, Aaron-Wooi Yik yang diletakkan selaku pilihan No. 6 kejohanan berjaya menyerap tekanan dan sorakan padu penyokong China untuk melakar kemenangan straight set dalam tempoh 46 minit.

Lebih manis, kemenangan Aaron-Wooi Yik menamatkan penantian kem badminton negara untuk mendominasi acara beregu lelaki di pentas berprestij Asia itu selepas kali terakhir menang pada edisi 2007 menerusi gandingan Choong Tan Fook-Lee Wan Wah.

Kejayaan ini turut menutup mulut pengkritik selepas Aaron-Wooi Yik tersingkir awal pada semua kejohanan yang disertai pada tahun ini.

Kali terakhir gandingan juara dunia edisi 2022 ini menjuarai kejohanan adalah pada Masters Korea Selatan, November lepas.

Keputusan itu turut menyaksikan Aaron-Wooi Yik meraih hadiah wang tunai sebanyak AS$37,000 (RM163,700). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI