fbpx

Demi kasih pada isteri lumpuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
OMAR membantu isterinya yang terlantar akibat angin ahmar minum susu di rumahnya di Kampung Bandar, Machang semalam.

MACHANG – Kasih suami membawa bahagia, kasih seorang isteri hingga ke syurga.

Begitulah diibaratkan kehidupan seorang warga emas, Omar Man, 71, yang tabah menjaga isterinya, Che Hasnah Che Hassan, 59, yang lumpuh separuh badan akibat serangan angin ahmar sejak dua tahun lalu.

Selain menjaga makan dan minum, segala keperluan Che Hasnah turut diuruskan sepenuhnya lelaki itu, termasuk memakaikan lampin pakai buang pada wanita itu setiap hari.

Omar yang turut menghidap sakit buasir tidak pernah mengeluh meskipun terpaksa mengerah kudratnya melakukan kerjakerja memasak, mencuci pakaian dan mengemas rumah.

“Menjaga isteri yang sakit bukan satu beban, sebaliknya adalah satu ujian dan saya tidak pernah putus berdoa semoga insan disayangi ini kembali sembuh,” kata warga emas itu ketika ditemui di rumahnya di Kampung Bandar di sini semalam.

Bercerita lanjut, Omar memberitahu, dia dan isterinya sebelum ini mengusahakan sebuah kedai makan di bandar Machang sejak lebih 10 tahun lalu.

Bagaimanapun, selepas isterinya yang mempunyai komplikasi penyakit kencing manis, darah tinggi dan kolestrol sehingga diserang angin ahmar dua tahun lalu, Omar nekad berhenti berniaga supaya dapat memberi perhatian penuh kepada Che Hasnah.

“Isteri saya kini hilang upaya untuk berjalan dan hanya mampu bergerak dengan kerusi roda. Saya mengambil keputusan berhenti berniaga kerana mahu beri memberi perhatian penuh kepada isteri, termasuk membawa dia berubat dan berurut bagi memulihkan kesihatannya,” katanya.

Setiap bulan Omar memerlukan kira-kira RM1,000 untuk membeli keperluan Che Hasnah seperti susu khas, lampin pakai buang dan ubat-ubatan.

Katanya, dia bersyukur apabila isterinya layak menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM350 sebulan.

“Selepas dua tahun tidak berniaga, wang simpanan habis dibelanjakan untuk merawat isteri termasuk mendapatkan khidmat urutan tradisional. Memang nampak ada perubahan, namun saya terpaksa berhenti rawatan itu kerana masalah kewangan.

“Sekarang kami bergantung kepada bantuan JKM dan anak-anak tetapi mereka juga hanya cukup makan kerana masingmasing sudah berkeluarga. Jadi sebolehnya saya tidak mahu menyusahkan mereka,” ujarnya.

Bagi mereka yang ingin menghulurkan bantuan boleh menyalurkannya ke akaun Bank Islam 6030-4502-2438-974 atas nama Omar Man atau menghubunginya di talian 017-9737873.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI