LONDON – Operasi mencari dan menyelamat dilancarkan selepas beberapa kediaman musnah dalam letupan gas di Britain hari ini, lapor Perbadanan Penyiaran Britain.
Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat Nottinghamshire(NFRS) berkata, pasukan pakar mencari dan menyelamat bandar dikerah pagi tadi, selepas rumah teres musnah di jalan John Street, Worksop.
Sebilangan kediaman kediaman berdekatan dikosongkan dan malapetaka besar diisytiharkan selepas letupan berlaku. Letupan itu berlaku sejurus sebelum pukul 8 malam (waktu tempatan) semalam.
Perkhidmatan kecemasan belum mengesahkan sama ada terdapat kecederaan atau kematian.
“Bangunan terlibat dalam letupan ini rosak teruk. Jurutera-jurutera struktur akan menilai situasi lewat hari ini tetapi orang ramai dinasihatkan menjauhi kawasan kejadian,” kata seorang jurucakap bomba.
Menurutnya, tiga jentera bomba masih berada di lokasi nahas, dengan anggota-anggota bomba bersama-sama pasukan mencari dan menyelamat berusaha mengesahkan keseluruhan penduduk selamat.
Menurut akhbar tempatan, sebanyak lima kediaman rosak dalam letupan tersebut . – AGENSI