fbpx

Dua ditemui maut, kereta terjunam dalam tasik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kedua-dua mangsa yang lemas ditemui bomba kira-kira pukul 9.01 malam.

HULU SELANGOR – Selepas dua jam mencari, bomba akhirnya berjaya menemui dua mangsa lemas yang terjunam bersama kereta di dalam Tasik Biru, Jalan Kampung Setia, Batu Arang di sini hari ini.

Kedua-dua mangsa yang berusia 30-an tersebut didapati lemas selepas kereta jenis Toyota Vios yang mereka naiki terbabas dan terjunam ke dalam tasik berkenaan sekitar pukul 6 petang.

Pengarah Bomba dan Penyelamat Negeri Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian kira-kira pukul 6.10 petang dan tiba di lokasi 20 minit kemudian.

“Kita dapati kemalangan itu melibatkan sebuah kereta terbabas ke dalam tasik. Mengikut maklumat polis terdapat dua orang mangsa dalam kenderaan terbabit.

“Justeru itu, pihak kami menggerakkan usaha mengesan kedua-dua mangsa, mangsa yang sudah meninggal dunia itu akhirnya ditemui sekitar pukul 8.01 malam,” ujarnya. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI