fbpx

Warga emas parah ditetak remaja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa (kiri) sedang diitenangkan pihak Polis selepas kejadian tersebut.

SIBU – Hanya kerana berang disoal mengenai ibu bapanya, seorang remaja berusia 15 tahun bertindak menetak seorang wanita warga emas di kediaman mangsa di Sungai Naman, Durin di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 pagi itu, mangsa yang berusia 74 tahun didekati suspek ketika sedang mencabut rumput di hadapan rumahnya dengan sebilah parang.

Difahamkan, suspek yang menghampiri mangsa bertindak menetak wanita berkenaan dengan parang terbabit sehingga menyebabkan kecederaan di leher, lengan kedua-dua tangan, dada dan lutut.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Stanley Jonathan Ringgit berkata, suspek telah ditangkap dan sebilah parang berukuran 66 sentimeter yang dipercayai digunakan semasa kejadian telah dirampas.

“Menurut mangsa, motif dipercayai kerana suspek berang dengan mangsa yang ada bertanya ‘Kamu anak siapa?’ ketika suspek melalui belakang rumah mangsa sekitar pukul 4 petang pada hari Jumaat lalu.

“Walau bagaimanapun, suspek menafikan penglibatannya. Siasatan lanjut akan dilakukan untuk mengetahui punca dan motif sebenar kejadian,” katanya di sini hari ini.

Stanley turut memberitahu suspek merupakan seorang pelajar sekolah Tingkatan Tiga dan tinggal bersama adik-beradiknya setelah ibu bapanya bercerai sejak tahun 2017.

Mangsa telah dikejarkan ke Hospital Sibu untuk menerima rawatan dan dilaporkan dalam keadaan stabil.

Kes akan disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan cedera parah dengan sengaja. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI