fbpx

Janda Bezos gegar dunia filantropi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail bertarikh 6 Januari 2018 menunjukkan MacKenzie dan Bezos menghadiri sebuah acara gala di Hollywood, California. - AFP

WASHINGTON – Bank makanan, kumpulan hak imigran dan kolej di seluruh Amerika Syarikat(AS) menjadi antara penerima sumbangan mengejutkan selepas wang berbilion-bilion dolar ma­suk ke dalam akaun pertubuhan masing-masing yang terjejas ketika pandemik koronavirus me­landa dunia tahun lalu.

Derma tersebut disumbangkan oleh MacKenzie Scott iaitu bekas isteri pengasas Amazon, Jeff Bezos.

MacKenzie menghulurkan der­ma berjumlah hampir AS$6 bilion (RM24.5 bilion) sepanjang tahun lalu. Tidak seperti pen­derma besar lain, beliau tidak menetapkan sebarang sekatan atau syarat kepada pe­nerima.

Pendekatan MacKenzie meng­gemparkan dunia filantropi eko­ran sumbangan diberi begitu besar, manakala penerimanya tidak dikenakan sebarang syarat.

Laura MacDonald selaku pengerusi lembaga pengarah Yayasan Giving USA yang mela­kukan penyelidikan berhubung aktiviti dermawan berkata, sumbangan MacKenzie adalah sebahagian daripada gerakan ‘filan­tropi bersandarkan kepercayaan’ tanpa banyak kerenah birokrasi dan penetapan syarat.

Ia jauh berbeza daripada derma ‘Abang Besar’ yang masih menetapkan kaitan dengan modal dan mempunyai agenda dunia perniagaan.

Pada Disember tahun lalu, MacKenzie menghulurkan derma kepada 384 organisasi pelbagai jenis termasuk Kolej Komuniti BlackFeet di Montana, Bank Makanan Arkansas dan Dana Ke­luarga Imigran.

“Banyak perlu dipuji tentang sifat dermawan beliau. Saya harap jumlah wang begitu besar yang disumbangkan dan hasrat beliau untuk berterusan menghulurkan sumbangan akan menyedarkan mereka yang mempunyai kekayaan banyak di masa penuh mencabar ini,” katanya.

MacKenzie yang menerima penyelesaian perceraian berjumlah AS$58 bilion (RM234.4 bilion) berikrar untuk mendermakan sebahagian besar kekayaannya bagi memerangi ketidaksamaan sosial.

Beliau mengumumkan geran berjumlah AS$1.7 bilion (RM6.8 bilion) pada Julai 2020 dan AS$4.2 bilion (16.9 bilion) pada Disember tahun lalu. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI