fbpx

Segerakan projek tebatan banjir di Kelantan – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika berucap pada Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2025 Peringkat Negeri Kelantan di Pantai Irama, Bachok hari ini. Foto oleh MUSTAQIM MOHAMED

BACHOK – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan bahawa projek tebatan banjir di negeri ini perlu disegerakan mengikut fasa yang telah ditetapkan meskipun ia menelan belanja cukup tinggi.

Anwar berkata, beliau sudah tidak sanggup lagi melihat penderitaan rakyat pada setiap tahun akibat kegagalan kerajaan yang silih berganti, menyiapkan projek tersebut.

“Sebab itu saya minta Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Kementerian Ekonomi dan Kementerian Kewangan untuk melihat beberapa kaedah baharu untuk mempercepatkan projek tersebut.

“Saya berterima kasih kepada kerajaan negeri Kelantan kerana memberi kerjasama penuh dalam hal ini dengan menyegerakan proses pengambilan tanah,” katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2025 Peringkat Negeri Kelantan di Pantai Irama di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Anwar turut menegaskan bahawa kerjasama antara kerajaan pusat dan negeri perlu dimantapkan demi mengangkat maratabat negeri dan negara sekali gus menyelsaikan masalah-masalah rakyat yang dibelengu kemiskinan da banjir.

Katanya, kesemua itu bukan masalah politik sebaliknya dilihat sebagai masalah negara dan sebarang selisih faham perlu diperbetulkan sekali gus mengelakkan fitnah demi kepentingan sesebuah parti politik.

“Jangan bengkeng-bengkeng. Tak ada makna. Kito gocoh nok buat gapo dio? Kita kena bersahabat dan saya berterima kasih atas persahabatan yang ditunjukkan oleh Menteri Besar Kelantan terhadap Kerajaan Persekutuan yang perlu diteruskan demi faedah kepada rakyat, ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI